Spiga

DEMI SURVIVAL MAHASISWA : BANGKITLAH SEBELUM TERLENA











Ketika khilifah Islam di bawah pimpinan Muawiyyah, Abu Ayyub al-Ansari teringatkan hadith Rasulullah s.a.w. ketika sedang menggali parit dalam peperangan Khandak :


"..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……"

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Maka ideal itu dibawakan. Namun ramai yang menyanggah pandangan Abu Ayyub al-Ansari untuk berusaha membuka Constantinople dengan alasan firman Allah s.w.t. dalam al-Quran :



……dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan…

(al-Baqarah 2 : 195)


Mereka menyanggah Abu Ayyub al-Ansari dengan menganggap jihad membuka Constantinople sebagai mencampakkan diri dalam kebinasaan kerana gerun akan kekuatan tentera Byzantine melalui cerita-cerita yang didengar. Namun Abu Ayyub al-Ansari membetulkan salah tafsir ayat tersebut dengan membaca keseluruhan ayat tersebut yang berbunyi :



Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu mencampakkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, Karena Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

(al-Baqarah 2 : 195)


Sebagaimana yang terkandung dalam tafsiran Ibnu Abbas, Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa ayat tersebut harus dibaca keseluruhannya. Yang dimaksudkan dengan “mencampakkan diri dalam kebinasaan “ ialah “bakhil untuk mengeluarkan harta di jalan Allah s.w.t.” sesuai dengan awal ayat tersebut yang bermaksud : “dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah…” Beliau juga menjelaskan bahawa jihad bukanlah satu kebinasaan akan tetapi satu kemuliaan.


Walaupun umurnya menjangkaui lebih 80 tahun, dengan moto hidup beliau “infiruu khifafan wa thiqalan….”, Abu Ayyub al-Ansari menyertai delegasi pertama yang dihantar oleh Muawiyyah pada zaman tersebut untuk membuka Constantinople. Walaupun ketika itu Constantinople belum dapat dibuka ketika itu, Abu Ayyub al-Ansari mendapat syahid. Salah satu wasiatnya ialah, “andai aku gugur syahid, kebumikan aku di sini. Walaupun aku tidak mampu membuka Constantinople, sekurang-kurangnya satu hari nanti aku akan mendengar tapak kaki “sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik tentera yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w.”.


Zaman berzaman, walaupun belum dapat membuka Constantinople, dengan azam dan jiwa besar, tentera Islam sentiasa menghantar pasukan deligasi untuk membuka kota tersebut bagi merialisasikan matlamat besar seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. Satu kredit yang boleh diberikan kepada Abu Ayyub al-Ansari. Walaupun agak berumur, namun jiwanya adalah jiwa pemuda.


Berubah sebelum rebah


Menyedari hakikat kepemudaan, mahasiswa harus bangkit sebelum terus terlena. Paradigma mahasiswa harus berubah sebelum rebah. Skop pemikiran mahasiswa perlu lebih luas menjangkaui bilik-bilik kuliah. Mahasiswa hari ini perlu bersifat negarawan. Mahasiswa tidak boleh membiarkan arus perubahan yang melaju terus meninggalkan kita. Idealisme perlu diasah, imaginasi perlu dipasak dan gerakan harus diperkasa secara bersama.


Mahasiswa perlu menjadi elemen sedar masyarakat. Bersiap siaga sebagai pemimpin rakyat. Bukan esok, tetapi hari ini mahasiswa perlu bangkit. Mengasak minda supaya bersikap negarawan. Lihat sahaja, ketika masyarakat tersalah tafsiran hakikat perjuangan, Abu Ayyub al-Ansari tampil membetulkannya. Membuka minda generasi terbilang agar tidak terkebelakang.


Dalam kisah pembukaan Constantinople, Rasulullah s.a.w. sebagai pencetus, Abu Ayyub al-Ansari sebagai penggerak, tentera-tentera Islam sebagai pelaksana dan Sultan Muhammad al-Fateh sebagai penyempurna. Persoalannya, di mana pula halatuju, matlamat dan cita-cita mahasiswa? Di mana pula posisi kita? Tidak cukup hanya berpemikiran pengkritik ibarat tin kosong andai tidak cuba menjadi alternatif terbaik. Tidak cukup sekadar kita hanya berbicara apa yang orang lain lakukan, namun tanyalah apa yang telah kita lakukan.


Tingkap yang disangka pintu


Virus persepsi yang semakin menebal membahayakan mahasiswa. Persepsi mudah boleh membawa mudarat. Dalam hal ini, symptom yang disangka masalah harus dibezakan. Hanya kerana banyak berfikir soal symptom, masalah sebnar tidak dapat diselesaikan dan semakin membarah. Mahasiswa harus berjiwa besar. Rahsianya adalah dengan tinggalkan symptom, selesaikan masalah. Hari ini, kita banyak berbicara soal symptom, namun masalah sebenar gagal diatasi.


Symptom perlu dianggap sebagai kemuncup dalam perjuangan. Walaupun tidak disukai namun lupakan sebentar demi perjuangan nafas panjang. Gerak kerja terencat dengan hanya berfikir soal symptom kecil yang dianggap masalah besar. Tindakan sedemikian bukan sahaja sahaja merencatkan gerakan tetapi juga pemikiran. Mahasiswa akan jauh ketinggalan jika masih bermain dengan symptom yang disangka masalah. Maka masalah tetap tidak akan selesai.


Ke arah pembentukan generasi mahasiswa berjiwa besar


Mahasiswa di Indonesia dipasak cita-citanya agar bersifat negarawan. Mereka sudah bijak berbicara soal negara kerana silibus pemikiran sudah dibina di awal usia kepemudaan. Ayuh, mahasiswa! Hari ini kita berbicara soal negara. Ke mana halatuju sosial yang akan kita pacu? Kita fikirkan soal pembangunan ekonomi. Kita berbicara soal kestabilan politik yang akan kita bina. Kita bincangkan pembangunan sosial ke arah insan Rabbani yang kita cita-citakan.


Albert Einstein pernah menyatakan :

"Imagination is more important than knowledge. Knowledge is limited. Imagination encircles the world"


Mari kita bina imaginasi yang menjadi halatuju kita yang idealistik dan realistik. Kita perkasakan gagasan yang ingin dicapai.


Stephen R. Covey dalam bukunya "The Seven Habits of Highly Effective People” berbicara soal salah satu tabiat iaitu :


"Begin with end in mind"


Justeru, mari kita menyusun langkah ke arah imaginasi yang belum tercapai. Pasakkan imaginasi, perkasakan strategi demi survival perjuangan mahasiswa. Bergerak seiringan, memimpin perubahan…

BERITA BAIK UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR FPI...

Untuk diwar-warkan kepada pelajar FPIUKM

from :


1.ex-student JSE API UM.

2.ex-student SMKAK (1995-1999)

___________________________________________________


KURSUS EKSEKUTIF PRODUK HALAL MALAYSIA (KEPHAL)


PENDAFTARAN UNTUK SESI 2009 KINI SEDANG DIBUKA


Peluang Kerjaya untuk Graduan Pengajian Islam Sebagai Eksekutif Halal/Auditor Halal dengan menyertai Program Kursus Eksekutif Produk Halal (MISDEC)


Program ini ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan dan dilaksanakan oleh Pusat Pembangunan Kemahiran dan Perindustrian Melaka (MISDEC).


Peserta yang terpilih menyertai program ini akan diberi elaun RM 1000.00 sebulan.

Pengambilan Jun 2009 di buka sekarang.


Muat Turun Info dan Borang Permohonan kemudian hantarkan permohonan melalui emel ke faizal@halalglobal.net.my atau pos kan ke alamat seperti berikut:


Sekretariat Kursus Eksekutif Produk Halal (MISDEC)
( Halal Global Training & Consultancy)

No. 36-3, Jalan PJjs 8/2, Mentari Business Centre
Bandar Sunway,
46150
Petaling Jaya
Selangor.




Anjuran,













Sekretariat,











Usahasama dan Gabungan




Latar Belakang KEPHAL


Kursus Eksekutif Produk Halal telah mula ditawarkan pada tahun 2002. Seramai 220 orang telah mengikuti kursus ini dan kebanyakan telah berjaya menempatkan diri di dalam industri makanan Halal sebagai Eksekutif Halal / Pegawai Hal Ehwal Islam / Auditor Halal antaranya di syarikat-syarikat yang ternama seperti KFC, Ayamas, Farmbest, Silverbird, FFM, Pertanian Pertiwi, Noraini Cookies, Ayam Dinding, Nutriplus, Laksamana Usaha Noodles dan banyak lagi.


Tambahan pula, usaha-usaha untuk memartabatkan kerjaya Eksekutif halal ini mula dipergiatkan lagi oleh Persatuan Eksekutif Halal Malaysia supaya kerjaya ini menjadi satu kerjaya yang profesional.Perkembangan bidang Eksekutif Halal sejak akhir - akhir ini sudah mula mendapat perhatian daripada banyak pihak dan agensi terutama pihak industri. Justeru, peluang ini perlu dimanfaatkan oleh Graduan-graduan Pengajian Islam. Sehingga kini, mengikut statistik yang dibuat oleh Persatuan Eksekutif Halal Malaysia, tenaga Eksekutif Halal yang berkelayakan masih kurang dan dan tidak mampu untuk menampung sebilangan besar industri makanan Halal yang ada di Malaysia (lebih 3000 syarikat yang memohon sijil halal daripada Jakim / HDC).


Untuk maklumat lanjut sila muat turun info berkenaan dengan KEPHAL.

MAKLUMAN


MAKLUMAN UNTUK MAHASISWA


ASSALAMUALAIKUM,

Maklumat yang kami terima, permohonan daripada sebahagian mahasiswa Fakulti Pengajian Islam untuk menginap di kolej kediaman untuk sesi pengajian akan datang telah ditolak. Kami dari barisan MPP MAHASISWA turut bersimpati di atas maklumat yang diterima. InsyaAllah, kami akan membawa permasalahan sahabat-sahabat kepada pihak sepatutnya.


Pihak Sekretariat MPP FPI akan menyediakan borang maklumat mahasiswa-mahasiswa yang tidak mendapat permohonan tersebut di bilik PMFPI dan kelab-kelab jabatan. Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memudahkan urusan tersebut.


Sebarang aduan dan cadangan dapatlah disalurkan ke :

Blog Sekretariat : http://smppfpi09.blogspot.com

Email : smppfpi09@yahoo.com


“SUARA ANDA KEUTAMAAN KAMI”


SEKRETARIAT MPP FPI 09

VIRUS PEMIKIRAN "YES MAN" MEMBAHAYAKAN MAHASISWA

Buku karangan Syeikh Yusof a-Qaradhowi, Aulawiyyat al-Harokah al-Islamiyyah Fi al-Marhalah al-Qadimah menarik perhaitan penulis. Betapa beliau menjelaskan kepentingan ijtihad-ijtihad baru berkaitan strategi atau taktikal dalam organisasi dan dakwah. Pembaharuan sedimikian sangat penting dalam menghadapi cabaran semasa.

Jika kita lihat, Allah s.w.t. berikan kelebihan kepada nabi Nuh dalam pembinaan bahtera agung kerana sesuainya suasana ketika itu di mana masyarakatnya mahir dalam pertukangan. Nabi Musa pula dianugerahkan tongkat sebagai mukjizat bersesuaian dengan masyarakat zamannya yang terjebak dengan ilmu kesihiran. Nabi Isa pula dianugerahkan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit sopak, buta dan menghidupkan orang mati bersesuaian dengan keadaan masyarakatnya yang mahir dalam bidang perubatan. Manakala Nabi kita Muhammad s.a.w. diberikan mukjizat agung iaitu al-Quran mengatasi syair-syair hebat zaman Jahiliyyah.


Kembali kepada situasi mahasiswa hari ini. Pemikiran "yes man" yang membelenggu mahasiswa akibat kemalasan berfikir dan tidak berani mengemukakan pandangan akan menyebabkan pemikiran mahasiswa tidak dapat mendepani zaman. Paling menyedihkan apabila dalam sesuatu mesyuarat yang diadakan, tidak ada respon yang keluar di kalangan ahli mesyuarat. Hanya diam seribu bahasa. Nampak seolah-olah bersetuju, namun ada pula mesyuarat di luar bilik mesyuarat. "Ana rasa macam tak setuju la pandangan tadi........, apasal pelik sangat cadangan tadi?......kenapa pengerusi mesyuarat tidak menyusun begini........" dan lain-lain lagi.


Mahasiswa sebegini hanya berperanan sebagai "pengangguk" (maaf, mungkin agak kasar bunyinya) apabila mendengar sesuatu pandangan, arahan dan berita. Maka, pemikiran mereka tidak terasah dan bersifat statik berbanding zaman yang semakin melaju. Virus ini akan meninggalkan kesan mendalam pada masa akan datang dalam pembentukan "future leader" yang diimpikan.

Pertemuan bersama al-akh Rijalul Imam dan Mohan dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) memberikan gambaran kepada penulis betapa mahasiswa Indonesia rajin berfikir dan sentiasa bersedia memimpin masyarakat. Susilo Bambang akan turun bertemu mahasiswa apabila ada luahan ketidakpuasan hati dari mahasiswa di sana. Beliau tidak menghalang mereka mengkritik kerana beliau tahu pemikiran sebegini menunjukkan mahasiswa di sana berfikir, ada sensitiviti dan ada idealisme yang hendeak diperjuangkan. Walaupun mungkin ada pandangan yang salah, namun beliau yakin pemikiran dan tindakan mahasiswa berguna untuk masa akan datang.
Maka program dan aktiviti yang bersifat brainstorming perlu diperkasakan dan diperbanyakkan. Biarkan pandangan yang diberikan mungkin salah pada awalnya, namun ianya lebih baik dari mereka yang berdiam diri dan bersikap "yes man". Justeru, penulis sentiasa menyeru diri penulis dan pembaca sekalian agar tarbiyyah fikriyyah tidak dikesampingkan. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan :

Analytical thinking (mahasiswa perlu rajin menganalisa)
Critical thinking (kritikan mampu membina pemikiran)
Creative thinking (perlu membawa ideal-ideal baru yang bernas)
Constructive thinking (pemikiran dan pandangan juga perlu bersifat membina)

"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"

Sumber : tintaduat.blogspot.com